Kami dengan bangganya mengumumkan bahawa kami telah membina hubungan yang eksklusif dengan beberapa pembekal kecairan dalam usaha untuk mengukuhkan kedudukan kami sebagai broker pilihan antarabangsa yang terkemuka pada masa ini – menjadikan kami sebagai salah sebuah broker dengan kos paling rendah dalam industri.
Slogan kami dengan jelas menyatakan bahawa kami mahu pedagang berjaya... Cara yang terbaik untuk membuktikannya adalah dengan mengurangkan kos sehingga kami mempunyai antara kos dagangan keseluruhan paling rendah dalam industri.
Untuk mencapai kemajuan yang penting ini, kami terlebih dahulu mengurangkan sebaran pada pasangan mata wang utama dan emas. Kami sudah mula bekerjasama dengan sebilangan besar pembekal kecairan untuk menghasilkan kecairan yang mendalam menggunakan perisian pengagregatan yang termaju. Atas usaha ini, kami dapat memastikan bahawa kami boleh memberi pelanggan sebaran dari 0 dengan pelaksanaan yang dipertingkat.
Kedua, kami telah menurunkan kadar swap dengan ketara untuk membolehkan pelanggan membuka dagangan mereka lebih lama, tanpa perlu menjejaskan keuntungan disebabkan oleh kos tambahan yang tidak perlu.
Kami telah menyediakan penunjuk pada perubahan ini dalam sebaran di bawah:
Sebaran Dahulu | Sebaran Biasa Sekarang | Perubahan | |
EURUSD | 0.2 | 0 | -100% |
GBPUSD | 0.7 | 0.2 | -71% |
USDJPY | 0.2 | 0.1 | -50% |
USDCAD | 0.6 | 0.2 | -67% |
AUDUSD | 0.4 | 0.1 | -75% |
USDCHF | 0.7 | 0.3 | -57% |
NZDUSD | 0.7 | 0.3 | -57% |
GBPJPY | 1.1 | 0.9 | -18% |
EURJPY | 0.7 | 0.2 | -71% |
EURGBP | 0.5 | 0.3 | -40% |
XAUUSD | 0.12 | 0.07 | -42% |
Aspek utama dagangan yang berkesan adalah mengetahui kos dasar untuk mengurus dan melaksanakan dagangan, oleh itu kami mengambil setiap langkah yang mungkin untuk menjadikan kos tersebut sedikit sahaja.
Sangat penting bagi pedagang menilai daya maju strategi mereka – matlamat yang hanya dapat dicapai dengan bekerjasama dengan broker yang telus. Tickmill menyasarkan untuk menyediakan pelbagai pilihan instrumen untuk didagangkan di samping menyediakan syarat-syarat yang membolehkan pelanggan berdagang secara berkesan. Kami berusaha secara berterusan untuk membangunkan perkhidmatan yang ditawarkan kepada pelanggan dan ini ialah langkah yang seterusnya untuk membolehkan kami melakukannya.