Promosi 'Dapat Bayaran untuk Berdagang' merupakan satu lagi promosi yang berjaya dijalankan oleh Tickmill, menarik 3616 peserta dari 65 buah negara.
Dilancarkan pada September 2021, promosi 'Dapat Bayaran untuk Berdagang' akhirnya tamat pada 31 Ogos 2022, memberi ganjaran Rebat Tunai sebanyak US$ 130,268 kepada pedagang yang aktif.
Pelanggan menerima rebat tunai dengan menjadi pedagang aktif dalam tempoh masa yang telah ditetapkan. Lebih tinggi volum dagangan, lebih banyak rebat yang diterima.
Bercakap mengenai promosi 'Dapat Bayaran untuk Berdagang', Ketua Pegawai Pembangunan Perniagaan CarlaNemr menyatakan “Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pedagang yang mengambil bahagian dalam promosi eksklusif ini. Di Tickmill, kami berusaha untuk sentiasa memberi ganjaran kepada pelanggan kami atas inisiatif dagangan mereka dan untuk kesetiaan mereka. Kami amat berbesar hati kerana promosi ini diterima dengan baik dan pelanggan mendapat rebat tunai yang lumayan dan hal ini membawa perubahan kepada pengalaman dagangan mereka”.
Ingin mengikuti perkembangan terkini tentang promosi yang akan datang? Sila perhatikan bahagian 'Promosi' di laman web kami atau halaman Facebook rasmi kami!